Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia.
Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arterikecil dalam otot rangka terlatih, yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan.
Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
SUMBER :Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GAMBARAJAH JANTUNG
Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan jantung anda.
Sangat cergas........................bawah 50 denyutan seminit.
Cergas..................................51 - 69 denyutan seminit.
Sederhana.............................70 - 80 denyutan seminit.
Tidak Cergas..........................lebih dari 80 denyutan seminit.
DIANTARA AKTIVITI YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Aktiviti yang hendak dijalankan mestilah dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
untuk informasi lanjut murid-murid boleh meneliti laman ini : http://www.nutriweb.org.my
SAYANGI JANTUNG KITA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan