Cari :

Rabu, 7 Disember 2011

UNIT 1.3: KOORDINASI

KOORDINASI bermaksud keupayaan kita menyelaraskan pergerakan anggota-anggota badan contohnya keselarasan antara mata, tangan , kaki dan badan. Hampir kesemua pergerakan dan permainan memerlukan kordinasi. Semakin baik koordinasi seseorang, semakin baik hasil permainan yang diceburi.

Isnin, 5 Disember 2011

UNIT 1.2 : Fleksibiliti

Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi-sendi dengan bebas. Kita boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti regangan yang dapat meningkatkan tahap fleksibiliti kita

Berikut adalah video contoh latihan fleksibiliti :

Contoh permainan Fleksibiliti

UNIT 1 : Daya tahan kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia.
Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arterikecil dalam otot rangka terlatih, yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Senaman juga memperbaiki sistem pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan.
Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
SUMBER :Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

GAMBARAJAH JANTUNG

Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan jantung anda.

              Sangat cergas........................bawah 50 denyutan seminit.
              Cergas..................................51 - 69 denyutan seminit.
              Sederhana.............................70 - 80 denyutan seminit.
              Tidak Cergas..........................lebih dari 80 denyutan seminit.

DIANTARA AKTIVITI YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Aktiviti yang hendak dijalankan mestilah dilakukan dengan  berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

untuk informasi lanjut murid-murid boleh meneliti laman ini : http://www.nutriweb.org.my


SAYANGI JANTUNG KITA!

Pendahuluan

Pendidikan  Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras KBSR. Matlamat mata pelajaran ini adalah untuk menghasilkan modal insan yang sihat, aktif dan berpengetahuan. Blog ini diharapkan dapat memupuk kemahiran dalam pergerakan fizikal, amalan asas kesihatan, nilai murni dalam diri setiap murid.